Friday, 2 January 2015

Happy New Year 2015!

Assalamualaikum

Berazam nak ada azam setiap tahun. Aku rasa semua orang pun macam tu. This year azam aku towards being healthy -- plus cantik. Dalam dan luar. Heeeee.

1. Eat clean - kurangkan fast food or processed food
2. More exercises
3. Take supplements
4. Positive thinking & always bersangka baik
5. More charity work!
6. Kumpul duit
7. Cari jodoh...?

Cukup kot. Banyak-banyak takut tak tercapai pulok.

"Don't leave with your past -- it's painful. Just keep moving on"

Warmest,
DBubble

Thursday, 1 January 2015

Pitahati - Sahabat

"Bila kucing yang kau sayang tersesat di jalanan, pasti ia akan mencari jalan pulang. Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu, untuk apa kau bersedih? Kerna dia pasti kembali"


Pitahati - Sahabat - OST Terbaik Dari Langit

Warmest,
DBubble

Friday, 29 August 2014

Train ‐ HM

She waited for the train to pass. Then she said, "I sometimes think that people's hearts are like deep wells. Nobody knows what's at the bottom. All you can do is imagine by what comes floating to the surface every once in a while"

Haruki Murakami, Blind Willow, Sleeping Woman

Warmest,
DBubble

Rasa Apa?

Untuk kesekian kali
Rasa itu datang kembali
Sekarang harus aku lewati
Tiada lagi mahu sepi

Entah mana rasa itu dulu pudar
Acapkali aku bertanya sekadar
Mungkin kerana diri ini hambar
Tapi mengapa hati seakan kian berdebar

Sungguh aku ingin kau tahu
Sungguh aku ingin kita bertemu
Namun rasa itu jauh berlalu
Bersama malam yang syahdu

Sebenarnya

Apa yang aku rasa?

p/s: I think I'm starting to like you, dear friend :)

Warmest,
Dbubble

Tuesday, 17 June 2014

Gadis Biasa

Mungkin
Aku tak sempurna
Tak sama dengan mereka
Jauh sekali
Persona Melayu

Aku
Gadis kampung
Hidupnya normal
Tiada luar biasa

Mungkin
Kamu terlalu hebat
Singgah di hati kecil
Tidak mahu pergi

Biarlah
Aku simpan rasa ini
Aku pendam benci ini
Aku buang rindu ini

You can read my mind
And
I don't mind

Warmest,
DBubble

Kamu

Bagaimana

Kalau aku katakan
Untuk setiap denyutan nadi
Untuk setiap hembusan nafas
Untuk setiap kerdipan mata
Aku hanya ingat kan kamu?

Walau sekejapan
Bagai angin lalu
Kamu singgah
Enggan pergi
Lekat di fikiran
Ya, hanya begitu

Sungguh
Aku teringatkan kamu

Warmest,
DBubble


Wednesday, 21 May 2014

Berlalu

Apakah kau tak mengerti
Bahasa dan kata hati
Si gadis berniat murni
Rentakmu dia ikuti
Sikit kau tak goyah

Megahnya kau
Hebatnya kau
Riaknya kau
Gagahnya kau

The more I ask
The more I know
You and your words

"Do you love me?"

"I just.."

Tiada konklusi.

There you said it. Aku berlalu.

Warmest,
DBubble